Aktiviti fizikal berlari amat popular dalam kalangan generasi muda dan ia merupakan satu kecergasan. Selain itu, aktiviti berlari ini dapat mengeluarkan toksin melalui perpeluhan. Melakukan aktiviti kecergasan secara konsisten dapat melancarkan peredaran darah serta meningkatkan proses mengepam oksigen dalam sistem badan.
Melakukan aktiviti lari juga harus menggunakan teknik yang betul supaya tidak mengalami kecerdaan dan masalah pernafasan. Ia boleh menjejaskan pretasi anda jika melakukan dengan teknik yang salah. Pekara paling penting apabila anda sedang berlari adalah bernafas dengan betul.
Teknik pernafasan yang baik agar anda boleh bernafas secara teratur ketika aktiviti berlari adalah:
Teknik Tarik Nafas
Untuk mendapatkan larian yang berkualiti gunakan 3 tapak tarik nafas dan 2 tapak hembus nafas.
Bernafas Secara Irama
Bernafas secara irama dapat melancarkan pergerakan otot semasa anda aktif berlari. Jadikan bernafas secara irama semasa hayunan kaki kanan dan menghebus semasa hayunan kaki kiri.
Mulakan Dengan Aktiviti Memanaskan Badan
Jika anda tidak melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu ia boleh menyebabkan kekejangan otot.


Bernafas Melalui Hidung
Bernafas melalui hidung dan menghebuskan menerusi mulut. Pernafasan yang betul mampu menyediakan lebih banyak oksigen untuk badan serta menghebuskan lebih banyak karbon dioksida keluar dari badan.


Bernafas Dengan Tenang
Untuk memastikan anda mampu berlari lebih jauh elakkan bernafas dengan laju. Pastikan anda bernafas dengan relaks.

